Program Skuad Sains Utara merupakan satu program jemputan terancang yang mensasarkan kepada sekolah, pertubuhan kerajaan & NGO mahu pun Kerajaan Negeri di Persekitaran Wilayah Utara Malaysia (Perlis, Kedah, P. Pinang dan Utara Perak). Program ini adalah berbentuk demonstrasi sains, aktiviti sains dan pameran interaktif. Tempahan Program Skuad Sains Utara Untuk menempah Program Skuad Sains […]
Sejak beroperasinya Pusat Sains Negara (PSN) pada tahun 1996, ia telah banyak dikunjungi oleh masyarakat khususnya yang tinggal di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya. Walau bagaimanapun, didapati masyarakat yang tinggal agak berjauhan seperti di negeri-negeri di utara, selatan, pantai timur semenanjung, Sabah serta Sarawak tidak ramai yang berpeluang untuk melawat serta memanfaatkan pembelajaran sains dan […]
Program PSN Di Desa merupakan salah satu komponen di bawah Program Jangkau Luar pertama yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara bagi memberi pendedahan, memupuk serta mencetus minat masyarakat desa terhadap bidang sains dan teknologi. Program ini telah diadakan seawal tahun 1999 lagi dengan penganjuran tertumpu kepada pameran oleh PSN sahaja. Pengendalian program terancang yang dijalankan […]
Konsep bas pameran bergerak iaitu ‘Science On Wheels’ telah memulakan misinya dengan membawa bahan pameran bertemakan ’Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam’ ke seluruh semenanjung Malaysia pada 2007. Dalam mengembangkan idea dan membangunkan daya pemikiran ke arah mencetuskan dan menyemai minda kreativiti dalam bidang sains dan teknologi, PSN telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan siri jelajah […]
Program Kelana Sains merupakan satu program jemputan terancang yang mensasarkan kepada masyarakat luar bandar yang tidak berpeluang untuk datang ke PSN. Jemputan yang diterima terdiri dari peringkat Kementerian, sekolah, pertubuhan kerajaan & NGO mahu pun di peringkat Kerajaan Negeri. Konsep pengisiannya adalah berbentuk demonstrasi sains dan pameran interaktif. Ini bagi memberi impak yang berkesan dalam […]
Pusat Sains Negara (PSN) Kuala Lumpur akan menjalankan kerja-kerja menaiktaraf bermula Mac 2015. Berikutan ini, kesemua tempahan lawatan akan debekukan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan. Segala kesulitan amat dikesali. Science Wanderer Programme (Outreach) Booking Form
Pusat Sains Negara telah merangka Program Perkampungan Sains melalui kaedah ‘belajar sambil berkampung’. Program ini dirangka bagi peluang kepada peserta mempelajari bidang sains dan teknologi melalui aktiviti interaktif sambil berkampung. Pusat Sains Negara telah menganjurkan Program Perkampungan Sains seperti berikut: Program Perkampungan Sains Melaka 2016 Program Moonson Science Camp (kerjasama dengan Pusat Sains dan Kreativiti […]
Program Science On The Move pada mulanya dikenali sebagai Program Sekolah Angkat yang difokuskan kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan bersekolah di persekitaran Lembah Klang yang tidak berkemampuan untuk datang ke Pusat Sains Negara. Kini, program tersebut telah menjangkau luar dari Kuala Lumpur merangkumi sekolah rendah dan menengah. Program sehari yang dibuat di sekolah […]