Kriteria Tugasan
  1. Pergerakan Berhalangan:
    • Empat (4) halangan perlu diletakkan secara sebaris. Jarak antara setiap halangan adalah 0.5m antara satu sama lain.
    • – Mata dikira berdasarkan kebolehan robot mengelak kesemua halangan tersebut dalam tempoh masa yang singkat. Robot perlu melakukan pergerakan dalam garis lurus melepasi kesemua halangan secara zig-zag.
    • – Saiz halangan: 10cm – 115cm (tinggi)

  1. Mengangkat Beban:
    • Robot perlu mampu mengangkat objek berikut:
      • – Material: Cakera Padat (CD)
      • – Robot perlu mengangkat dan membawa beban tersebut dalam jarak 30cm.
      • – Mata akan dikira berdasarkan bilangan CD yang berjaya diangkat dalam satu-satu masa.

  1. Sepakan Penalti:
      • – Jarak antara dua palang gol: 48cm
      • – Diameter bola: 6cm
      • – Sepakan penalti perlu diambil dalam jarak 1m daripada palang gol.
      • – Robot perlu menunjukkan kemampuan melakukan sepakan penalti sebanyak 3 kali.
      • – Sepakan penalti dikira berjaya sekiranya robot mampu menyepak bola ke dalam gawang gol sebanyak 3 kali berturut-turut.

  1. Pergerakan Bebas:
    • Robot perlu melakukan sebarang pergerakan bebas. Markah dikira berdasarkan tahap kesukaran pergerakan/keunikan/pengaturcaraan mengikut budi bicara juri.

*Halaman ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

© Humanoid Robot Competition 2024