Maklumat Pertandingan

Pengenalan Pertandingan Robot Tempur Malaysia

  1. Pertandingan Robot Tempur Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara Kuala Lumpur.
  2. Pertandingan ini telah dianjurkan sebanyak tujuh (8) kali sejak tahun 2013 hingga 2024.
  3. Pertandingan pada tahun ini akan diadakan pada 24 hingga 28 September 2025 bertempat di lokasi yang dimaklumkan kelak.
  4. Peserta perlu menghasilkan robot yang berkeupayaan bertempur 1 lawan 1 dalam gelanggang bersaiz 20 kaki x 20 kaki. Berkonsepkan penghasilan robot tempur secara praktikal, para peserta perlu mengaplikasikan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang teknologi tanpa wayar dan juga reka bentuk robot yang meliputi ciri inovasi dan kreativiti.

Objektif pertandingan

  1. Menarik minat masyarakat terutama golongan muda terhadap STEM khususnya dalam bidang robotik.
  2. Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan pembelajaran sains secara praktikal (hands-on) seterusnya menarik minat mereka terhadap STEM.
  3. Menggilap bakat peserta dan membudayakan STI secara kreatif terhadap generasi muda dan masyarakat.



Tema pertandingan
Tema pertandingan adalah “*********” atau “*******”.

Kategori
Berat maksimum robot : 45kg

Tempoh pendaftaran

15 Mei hingga 15 Ogos 2025

Kuota pendaftaran

Maksimum : 40 pasukan

Penganjur

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Pusat Sains Negara

Penaja

Yayasan MR.DIY


Tentatif Pertandingan

15 Mei hingga 15 Ogos 2025 Pendaftaran online dan pembayaran yuran pertandingan
2 September 2025 Undian kumpulan (balloting)
24 September 2025 Taklimat peserta

Pengujian robot dan gelanggang

Robo Show

25 – 28 September 2025 Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2025