4. Syarat-Syarat / Terms and Conditions

 

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia serta peserta antarabangsa.
  2. Penyertaan dibuka kepada golongan belia daripada:
    • Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta
    • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
    • Institut Kemahiran MARA
    • Politeknik
    • Komuniti robotik
    • Individu
  3. Pendaftaran penyertaan mestilah menggunakan borang rasmi yang disediakan. (Google Form) borang pendaftaran
  4. Penyertaan secara berpasukan, terdiri daripada tiga (3) orang ahli dan (1) pengurus pasukan.
  5. Setiap pasukan hanya dibenarkan menghantar maksimum dua (2) robot tempur sahaja.
  6. Setiap robot yang dibina mestilah:
    • Mengikut garis panduan dan spesifikasi yang telah ditetapkan
    • Mempunyai berat tidak melebihi 45 kilogram (termasuk sumber kuasa, kabel dan semua komponen mesin).
    • Dimensi robot mestilah tidak melebihi 800mm L x 800mm P dan 500mm T.
    • Penggunakan senjata aktif dan fizikal sahaja yang dibenarkan — seperti mekanisme untuk menolak, mengangkat, atau melumpuhkan lawan.
  7. Peserta perlu menghasilkan sebuah robot per pasukan yang mampu bertempur dalam gelanggang berpandukan garis panduan pertandingan serta mengikuti kriteria yang ditetapkan.
  8. Pertarungan akan dijalankan secara satu lawan satu di dalam gelanggang bersaiz 20 kaki × 20 kaki, dengan tempoh maksima perlawanan selama lima (5) minit.
  9. Pengurus/penyelia pasukan tidak dibenarkan mengendalikan atau mengawal robot semasa pertandingan.
  10. Seorang ahli pasukan mestilah dilantik sebagai pengendali utama robot bagi setiap perlawanan.
  11. Pertukaran ahli pasukan tidak dibenarkan sepanjang tempoh pertandingan tanpa kebenaran urus setia.
  12. Setiap robot akan ditimbang dan diukur sebelum setiap perlawanan untuk memastikan ia mematuhi had berat dan ukuran yang dibenarkan.
  13. Penambahbaikan atau pengubahsuaian terhadap robot adalah dibenarkan, selagi masih mematuhi kriteria dan syarat yang telah ditetapkan.
  14. Segala kos berkaitan pembinaan dan penyertaan robot adalah tanggungjawab penuh pasukan. Pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang kos atau kerugian yang dialami oleh peserta.
  15. Penyertaan yang tidak memenuhi syarat akan ditolak serta-merta.
  16. Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan terhadap syarat-syarat pertandingan pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal.
  17. Keputusan juri adalah muktamad, sebarang rayuan tidak akan dilayan.

 

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

  1. This competition is open to all Malaysian citizens as well as international participants.
  2. Participation is open to youth from:
    • Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta
    • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
    • Institut Kemahiran MARA
    • Politeknik
    • Robotic Community
    • Individual
  3. Registration for participation must be done using the official form provided.(Google Form) registration form
  4. Participation is team-based, consisting of three (3) team members and one (1) team manager.
  5. Each team is only allowed to submit maximum two (2) combat robots.
  6. Each robot built must meet the following criteria:
    • In accordance with the guidelines and specifications that have been set.
    • The robot must not exceed a weight of 45 kilograms (including the power source, cables, and all machine components).
    • The dimensions of the robot must not exceed 800mm in length (L), 800mm in width (W), and 500mm in height (H).
    • Only active and physical weapons are allowed — such as mechanisms for pushing, lifting, or disabling the opponent.
  7. Participants are required to create one robot per team that is capable of fighting in the arena, following the competition’s guidelines as well as adhering to the specified criteria.
  8. The battles will be conducted in a one-on-one format in an arena measuring 20 feet by 20 feet, with a maximum match duration of five (5) minutes.
  9. The team manager/supervisor is not allowed to operate or control the robot during the competition.
  10. One team member must be appointed as the main operator of the robot for each match.
  11. Team member substitutions are not allowed throughout the competition without the permission of the organizing committee.
  12. Each robot will be weighed and measured before each match to ensure it complies with the allowed weight and size limits.
  13. Improvements or modifications to the robot are allowed, as long as they still comply with the established criteria and requirements.
  14. All costs related to the construction and participation of the robot are the full responsibility of the team. The organizers will not bear any costs or losses incurred by the participants.
  15. Entries that do not meet the requirements will be immediately disqualified.
  16. The organizers reserve the right to make any amendments to the competition rules at any time without prior notice.
  17. The judges’ decision is final, and no appeals will be entertained.