Festival PSN SciFest merupakan kemuncak kepada inisiatif pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) oleh Pusat Sains Negara (PSN) yang diadakan secara tahunan sejak tahun 2011.

Program ini dilaksanakan serentak di PSN Kuala Lumpur dan PSN Cawangan Wilayah Utara, Kedah pada bulan November bersempena dengan Hari Pusat Sains dan Muzium Sains Sedunia (HPSMSS) yang disambut secara global pada 10 November bermula 2017.

Sejak penganjuran tahun pertama pada 2011 sehingga kini, PSNSciFest telah menarik kunjungan hampir 3,000,000 anggota masyarakat. Festival tahunan ini menyasarkan penyertaan orang ramai dari pelbagai latarbelakang sosial termasuk pelajar sekolah (pra sekolah, rendah & menengah), pelajar universiti dan kolej, ibu-bapa, pendidik serta semua lapisan komuniti masyarakat awam.

Berikutan dengan wabak pandemik Covid-19 yang masih melanda negara ketika ini, PSN mengambil langkah proaktif untuk menganjurkan Virtual PSNSciFest 2021 (VPSF 2021) secara dalam talian melalui platform maya di laman sesawang ini.

Tema VPSF 2021 adalah STEM for A Better Tomorrow

Tema VPSF 2021 memfokuskan peri pentingnya inisiatif pembudayaan STI melalui pengetahuan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat pada masa kini dan masa hadapan. Tidak terkecuali tahun ini, PSN merancang untuk membawakan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran khas, pertandingan, bengkel, ceramah santai yang sesuai untuk seisi keluarga secara maya dengan tema: STEM for A Better Tomorrow.

Bidang STEM sememangnya mempunyai aplikasi yang luas dalam kehidupan seharian kita sama ada di rumah, sekolah, jalan raya atau di tempat kerja yang merangkumi aspek fizikal, mental mahupun di alam maya. Pemahaman dan pengetahuan dalam bidang STEM membantu kita untuk lebih memahami fenomena alam yang berlaku dan bagaimana cara kita untuk mengadaptasi dan menambahbaik kualiti kehidupan, terutamanya dalam cabaran era pendemik wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

  1. Memberi kesedaran terhadap kepentingan STI kepada masyarakat
  2. Memudahcara penyampaian STI melalui pelbagai kaedah penyampaian  dan juga komunikasi sains; dan
  3. Menyokong Dasar Sains, Teknologi, Inovasi Negara (DSTIN, 2021-2030) dengan usaha STI di kalangan masyarakat melalui aktiviti pembelajaran sains bukan formal di Pusat Sains Negara.

MAJLIS PENUTUPAN VIRTUAL PSN SCIFEST & PENGUMUMAN PEMENANG NTC 2021

Majlis Penutupan Virtual PSN SciFest 2021 akan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), pada 16 November 2021 (Selasa), jam 3.00-5.00 petang secara langsung di akaun Facebook dan Youtube Pusat Sains Negara. Turut berlangsung adalah pengumuman pemenang pertandingan National Tinkering Challenge 2021 dan pelancaran galeri Tinker Garage, salah satu tarikan baharu di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur.

Play Video

Segala perkara secara teorinya adalah mustahil, sehingga ianya dilakukan.

Robert A. Heinlein

Jadual Program

Acara Secara Langsung

Zoom meeting

Virtual STEM Workshop

Starts at 10.00 AM

Zoom meeting

Science Show

Starts at 10.00 AM

Zoom meeting

Science Chat

Starts at 10.00 AM

Zoom Meeting

360° Tour

Starts at 10.00 AM

Acara Langsung

Sertai pelbagai bengkel hands-on bersama science communicator PSN

*Pendaftaran diperlukan

Anda pasti teruja dengan persembahan demonstrasi sains kami!

Ikuti aspirasi dan pengalaman berharga oleh Saintis Malaysia dalam Program Science Chat

*Pendaftaran diperlukan

Rasai pengalaman menakjubkan dengan menjelajah galeri indoor dan outdoor PSN secara maya.

Ayuh! Sertai Science Buzz. Hadiah menarik menanti para pemenang!

*Pendaftaran diperlukan

Sertai pelbagai bengkel hands-on bersama science communicator PSN

*Pendaftaran diperlukan

Anda pasti teruja dengan persembahan demonstrasi sains kami!

Ikuti aspirasi dan pengalaman berharga oleh Saintis Malaysia dalam Program Science Chat

*Pendaftaran diperlukan

Rasai pengalaman menakjubkan dengan menjelajah galeri indoor dan outdoor PSN secara maya.

Ayuh! Sertai Science Buzz. Hadiah menarik menanti para pemenang!

Hubungi kami

03-2089 3463 / 03-2089 3409

vpsf@psn.gov.my

Persiaran Bukit Kiara Bukit Damansara, Bukit Kiara, 50662 Kuala Lumpur

ms_MYBahasa Melayu