PSN rai anak – anak yatim

KUALA LUMPUR – Seramai 40 orang anak – anak yatim dari Rumah Kasih Nurul Hasanah dirai dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Pusat Sains Negara, PSN pada 29 Mei 2019.

Senyuman anak – anak yatim ini terukir di wajah mereka, apabila rata – rata diantaranya pertama kali datang ke PSN untuk menerokai dunia sains.

Sebelum berbuka, mereka dibawa oleh kakitangan PSN merasai sendiri pengalaman menerokai alam sains dengan mencuba pelbagai aktiviti dan pameran yang disediakan khas untuk penghuni Rumah Kasih Nurul Hasanah ini.

Apabila ditanya, ada dikalangan kanak – kanak ini amat berminat dengan sains dan bercita – cita mahu menceburi profesion dalam bidang sains, malah ada juga yang berhasrat untuk menjadi doktor satu hari nanti.

Majlis diteruskan dengan penyampaian duit raya kepada anak – anak yang kurang bernasib baik, dan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan asas.

Ia diserahkan oleh Pengarah PSN, Mismah Jimbun kepada Penolong Pengerusi Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ustaz Baharim Yaakub.

Majlis kemudianya disusuli dengan solat sunat tarawih dan diakhiri dengan jamuan moreh bersama – sama anak – anak yatim Rumah Kasih Nurul Hasanah.

Pada sebelah pagi, berlangsung ceramah yang bertajuk Amalan 10 Terakhir Ramadan yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Mufti Wilayah, Dr. Mohd Aizam Mas’od.

Hadir sama pada program berkenaan pelajar dari Institut Maahad Tahfiz Al-Azim, Rawang.

Terdahulu