Garis Panduan
Garis Panduan
Untuk memastikan lawatan anda berjalan dengan lancar dan sempurna, sila baca dan fahami garis panduan yang disediakan di bawah :
Lawatan
- PSN menyediakan lebih dari 1,000 bahan pameran bercorak interaktif.
- Bahan pameran ditempatkan di dua belas galeri pameran.
- Bahan pameran telah direkabentuk menggunakan konsep “tertumpu kepada orang yang belajar” dan “belajar sendiri”.
- Bahan pameran direkabentuk untuk lawatan berulang.
- Pengalaman adalah berlainan bagi setiap lawatan.
Ketibaan
- Pelawat kanak-kanak dan pelawat lanjut usia dinasihatkan supaya turun dan menaiki kenderaan di depan pintu masuk bangunan PSN.
- Pelawat dinasihatkan membaca semua arahan dan panduan yang tersedia di PSN.
- Semua pelawat yang masuk ke kawasan PSN hendaklah sentiasa berhati-hati. PSN tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
- Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam bangunan PSN.
- Dilarang merokok di premis PSN.
- Dilarang membawa binatang peliharaan ke premis PSN.
Kenderaan Persendirian:
PSN terletak di Persiaran Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Anda boleh gunakan aplikasi Waze atau Google Maps, taip: Pusat Sains Negara.
Menaiki pengangkutan awam ke PSN Kuala Lumpur
Dari stesen MRT:
1. Naik Tren MRT dari mana – mana stesen.
2. Turun di Stesen KG14 Semantan.
3. Naik bas perantara MRT bernombor T818 atau T852 di pintu B
4. Turun di Stesen Pusat Sains Negara.
Jumlah Pengunjung PSN 07-Oct-2024 : 494 Orang Bulan Lepas : 51029 Orang Bulan Ini : 10679 Orang |