Pautan Kerajaan & Agensi
Program Sekolah
Pusat Sains Negara Kuala Lumpur
The National Science Center provides several “hands-on” activities / experiments based on requests.
Program Pra Sekolah
Memberi pendedahan melalui beberapa aktiviti sains yang mudah serta pengenalan dalam bidang sains kepada kana-kanak tadika yang berumur 4 hingga 6 tahun. Ini akan merangsang minat anak-anak kecil dalam bidang sains serta memahami konsep sains sambil belajar, bermain dan berfikir. Ia dijalankan dengan konsep lakukan, perhatikan, menerangkan konsep dan belajar terma-terma sains.
Program ini dijalankan dalam persekitaran yang menarik serta cara pembelajaran yang tidak formal dan menyeronokkan.
Program Sekolah Rendah
Program ini dirangka khas untuk pelajar sekolah rendah berumur 7 hingga 12 tahun. Ia dipenuhi dengan pelbagai jenis aktiviti “hands-on” yang dirangka untuk meningkatkan pemikiran kritikal dikalangan pelajar dan membina perasaan ingin tahu mereka terhadap sains.
Program Sekolah Menengah
Program ini dirangka khas untuk pelajar sekolah menengah berumur 13 hingga 17 tahun. Ia dipenuhi dengan pelbagai jenis aktiviti “hands-on” yang dirangka untuk meningkatkan pemikiran kritikal dikalangan pelajar dan membina perasaan ingin tahu mereka terhadap sains.
-
- Innovation & Creativity
Aktiviti hands-on berasaskan STEM yang menguji kreativiti pelajar dalam menghasilkan model sains.
- Innovation & Creativity
-
- Sci-Trend
Aktiviti berasaskan perkembangan terkini sains seperti bioteknologi dan nanoteknologi.
- Sci-Trend
-
- Science Wonder
Aktiviti STEM menarik yang berasaskan prinsip basis sains seperti kimia, fizik dan biologi.
- Science Wonder
-
- Nature Secret (Rahsia Alam)
Aktiviti sains hijau yang memberi peluang kepada para pelajar merasai keseronokan alam semulajadi di dalam bilik darjah.
- Nature Secret (Rahsia Alam)
- Sains Komunikasi
Sampaikan pengetahuan Sains dengan cara yang menarik. Modul ini terdiri daripada beberapa aktiviti mini seperti mind-challenge, science debate, penulisan sains dan lain-lain.
Tempahan Program Sekolah
Untuk menempah Program Sekolah, silalah mengisi Borang Tempahan Program Sekolah selewat-lewatnya dua (2) minggu dari tarikh lawatan. Sebagai alternatif sila hantar surat kepada:
Pusat Sains Negara Kuala Lumpur
Pengarah,
Pusat Sains Negara,
Persiaran Bukit kiara, Bukit Kiara,
50662 Kuala Lumpur
Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara
Program Sekolah Rendah & Menengah
Program Sekolah : MYLAB
Program ini dirangka khas untuk pelajar sekolah rendah (7-12 tahun) dan menengah (13-17 tahun). Pelbagai aktiviti ‘hands-on’ yang diolah bagi melengkapi silibus pembelajaran di sekolah untuk meningkatkan pemikiran kritikal di kalangan pelajar dan membina perasaan ingin tahu terhadap sains.
Setiap pelajar diberi peluang untuk membuat pemerhatian, ujikaji,mengumpul dan mentafsir data, membuat inference dan membuat kesimpulan mengenai maklumat yang mereka perolehi
Ketua Cawangan,
Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara,
Gunung Keriang,
06500 Alor Setar, Kedah
Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi :
Penyelaras Program
Farahzaida Abdul Kader
Email : farah[a]psn.gov.my
Tel: 04 – 720 7704
Fax:04 – 720 7701