Pautan Kerajaan & Agensi
PROGRAM PRA SEKOLAH : SAINTIS TUNAS
Program Saintis Tunas
Pusat Sains Negara Kuala Lumpur
Program ini dirangka khas bagi kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun. Pendekatan bermain sambil belajar diterapkan melalui aktiviti-aktiviti ‘hands-on’ yang menarik lagi menyeronokkan. Minda kanak-kanak akan teruja dan terangsang dengan dunia sains yang penuh keajaiban.
- a) Sains
- b) Kejuruteraan
- c) Astronomi
- d) Kreativiti dan Inovasi
Hari: Isnin – Khamis
Masa: 10.00pagi – 2.30 pagi
Kumpulan sasaran: Kanak-kanak 4-6 tahun
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan program, sila hubungi:
Pengurus Program
Nur Emielia binti Haron
email : emielia[at]psn.gov.my
Tel : 03-2089 3409
Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara
Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tadika (4-6 tahun) mengenai aplikasi sains yang mudah di sekeliling kita. Program ini dijalankan secara tidak formal dan menyeronokkan dengan tema Berfikir, Bermain, Belajar!.
Hari: Isnin – Khamis
Masa: 10.30 – 11.30 pagi
Kumpulan sasaran: Kanak-kanak 4-6 tahun
Penyelaras Program
Farahzaida Abdul Kader
( farahzaida[a.t]psn.gov.my)
Tel: 04 – 720 7704
Fax:04 – 720 7701