Just Science It!
BORANG PENDAFTARAN PERTANDINGAN INOVASI JET KAWALAN JAUH (RC JET) PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

MAKLUMAT PERTANDINGAN

  1. Pengenalan Pertandingan Inovasi Jet Kawalan Jauh (RC Jet) Peringkat Kebangsaan:

    1. Merupakan pertandingan yang memfokuskan inovasi di dalam bidang rekabentuk pesawat udara (aeromodelling) serta menerbangkannya secara kawalan jauh (RC).

    1. Peserta dikehendaki membina sendiri jet dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Setiap pasukan perlu menerbangkan hasil rekaan jet masing-masing dengan berpandukan disiplin aerobatik yang telah ditetapkan berdasarkan syarat-syarat pertandingan.

    1. Untuk tahun 2025, Pertandingan RC Jet Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada bulan Oktober 2025 bertempat di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Alor Setar, Kedah. Penganjuran ini merupakan kali ketiga setelah diadakan pada tahun 2019 dan 2023 juga akan menjadi salah satu acara utama yang diletakkan di bawah program Minggu Sains Negara (MSN) Peringkat Zon Utara 2025.

  1. Objektif:
    1. Menggalakkan peserta memahami, mengamalkan dan mengaplikasikan konsep teknologi aeromodelling melalui keupayaan merekacipta model dan menerbangkan pesawat kawalan jauh;

    1. Mengetengahkan dan menggilap idea dan inovasi kreatif pelajar sekolah menengah dalam menghasilkan suatu produk iaitu jet kawalan jauh dengan menggunakan bahan-bahan mudah didapati; dan

    1. Menginspirasi peserta merekacipta dan berinovasi dan menyelesaikan masalah dengan menggunakan elemen STEM.

  1. Kelayakan Penyertaan
    1. Pertandingan ini adalah TERBUKA kepada semua murid sekolah menengah/ teknik vokasional/ agama/ swasta di seluruh Malaysia (Tingkatan 1 hingga 5 sahaja).

    1. Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.

    1. Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada dua (2) orang peserta dengan seorang guru pembimbing dari sekolah yang sama. Terhad kepada lima puluh (50) pasukan sahaja.

    1. Setiap pasukan perlu mempunyai kemahiran asas, pengalaman, kompeten membina dan menerbangkan pesawat RC secara simulator dan sebenar.

    1. Setiap pasukan perlu mempunyai satu remote control dan reciever sendiri dan perlu di bawa semasa pertandingan sebagai komitmen dan kompeten penyertaan. Penganjur tidak membekalkan remote control bersama receiver dan pengecas bateri (charger). Remote control yang dibenarkan adalah yang mempunyai sekurang- kurangnya 6 Channel.

  1. Penganjur : Pusat Sains Negara
  1. Penaja : Yayasan MR.DIY
  1. Tentatif pertandingan :

Hari Pertama

Pendaftaran Peserta

Hari Kedua

  • Pembinaan Pesawat RC

  • Penilaian Rekabentuk RC

  • Penilaian Pengetahuan Sains

Hari Ketiga

Penilaian Kemahiran Penerbangan Pesawat RC

Hari Keempat

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah


HADIAH

 

Berikut adalah hadiah yang akan diterima pemenang-pemenang Pertandingan RC Jet 2025 Peringkat Kebangsaan:

Juara

RM2,500 (Baucar dan Wang Tunai) beserta medal dan sijil penyertaan

Naib Juara

RM1,200 (Baucar dan Wang Tunai) dan sijil penyertaan

Tempat Ketiga

RM900 (Baucar dan Wang Tunai) dan sijil penyertaan

Tempat Keempat

RM600 (Baucar dan Wang Tunai) dan sijil penyertaan

Tempat Kelima

RM450 (Baucar dan Wang Tunai) dan sijil penyertaan

Rekabentuk Terbang

RM350 (Baucar dan Wang Tunai) dan medal

Juruterbang Terbaik

RM350 (Baucar dan Wang Tunai) dan medal


 

PENDAFTARAN

Sila klik di sini atau klik pada poster di bawah :


Jumlah Pengunjung PSN
10-Jul-2025 : 0 Orang
Bulan Lepas : 201 Orang
Bulan Ini : 60 Orang