Dinosaur ‘hidup’ kembali di Pusat Sains Negara

Pameran dino telah ditamatkan bermula 01 November 2023

 

Walaupun baru tiga hari dibuka kepada orang awam, pameran Dinosaur Encounter telah mencatatkan lebih 4000 ribu pengunjung yang teruja untuk menyaksikan haiwan prasejarah itu di Pusat Sains Negara (PSN).

Akibatnya, PSN sesak dengan pengunjung yang mahu melihat secara dekat 18 ekor dinosaur, meliputi 9 spesis dinosaur bersaiz sebenar yang dipamerkan disini, dengan berlatarbelakangkan persekitaran habitat zaman dinosaur.

Pengunjung lebih teruja apabila pameran yang dianjurkan kali ini dilengkapi dengan aplikasi teknologi Augmented Reality (AR) untuk membolehkan mereka mengembara dengan lebih dekat seolah – olah berada di zaman prasejarah.

Bagi yang belum sempat untuk mengunjungi PSN, pameran Dinosaur Encounter ini terbahagi kepada dua zon, iaitu Edutainment Walk Through dan Dinosaur Adventure AR Technology dimana anda berpeluang berinteraksi dengan dinosaur secara langsung.

Dinosaur Encounter ini sebenarnya bukanlah pameran semata – mata, tetapi pengunjung boleh memperolehi fakta menarik tentang dinosaur yang dipamerkan, selain memberi inspirasi dan kesedaran kepada masyarakat dalam bidang sains terutama dunia ilmu geologi, arkeologi dan paleontologi .

Mungkin ada yang masih tidak tahu, sebenarnya di Malaysia juga wujudnya dinosaur! Hanya di Dinosaur Encounter sahaja anda berpeluang melihat dengan mata sendiri penemuan fosil dinosaur di Malaysia seperti fosil sebatang gigi Spinosaurus yang ditemui di Pahang.

Jadi, kalau ingin kenal secara lebih dekat spesis dinosaur seperti Tyrannosaurus – dinosaur ganas paling tersohor di dunia, Triceratops – si tanduk tiga, Ankylosaurus – dinosaur paling lasak di dunia atau Velociraptor – si pemburu handal, datanglah ke Pusat Sains Negara.

Terdahulu