EKPLORASI PENDIDIK JADI PLATFORM PERKONGSIAN STEM

Oleh Nadia Kamal Nasir

Kuala Lumpur : Pengalaman menyertai program Explorasi Pendidik baru-baru ini di Pusat Sains Negara banyak memberi manfaat kepada 15 pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Ilmu Khas, Cheras.

“Aktiviti dipelajari lebih ‘hands-on’ dan menarik,” kata Nurul Syazarina, salah seorang peserta.

Menurut Nurul Shahirah pula, “Aktiviti dipelajari sangat seronok dan mudah untuk digunakan terutama ketika mengajar nanti.”

Pada program tersebut, peserta berpeluang mempelajari kaedah baru yang boleh menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran (pdp) lebih seronok dan interaktif.

Ketua program Explorasi Pendidik, Siti Murnirah Jaafar, berkata : “Saya harap program ini member lebih perkongsian mengenai aktiviti pendidikan Science, Technology, Engineering, Mathematic (STEM) yang boleh dilaksanakan dengan cara yang mudah dan lebih berkesan.”

Kebanyakan peserta berpuas hati dengan program ini kerana sangat bermanfaat dan mampu dijadikan panduan mengajar pada masa hadapan bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.

Terdahulu