Garis Panduan Pelawat (COVID-19)

Untuk memutuskan rantaian Covid – 19, berikut adalah garis panduan untuk pelawat, yang perlu dipatuhi sepanjang berada di Pusat Sains Negara untuk kebaikan kita bersama.

  1. Waktu lawatan ke PSN adalah pada pukul 9.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG. 
  2. Tempah slot lawatan anda di www.psn.gov.my  Kemasukan secara JUMPA TERUS atau ‘WALK-IN’ TIDAK DIBENARKAN sama sekali. 
  3. Hanya 250 PELAWAT sahaja dibenarkan berada di galeri/pameran PSN untuk slot pagi atau petang.
  4. Anda perlu mendaftar masuk MySEJAHTERA serta memaparkan SIJIL DIGITAL VAKSINASI serta KOD TEMPAHAN yang telah dijana daripada sistem tempahan dalam talian kepada pegawai bertugas, sebelum dibenarkan masuk.
  5. Kanak – kanak 12 tahun dan ke bawah, perlu ditemani ibu bapa atau penjaga yang SUDAH LENGKAP VAKSINASI
  6. PEMAKAIAN PELITUP MUKA ADALAH WAJIB memandangkan PSN adalah tempat awam.
  7. Saringan kesihatan akan dilakukan di laluan masuk utama sahaja. Pelawat yang melepasi saringan, dan suhu badan DI BAWAH 37.5° C DIBENARKAN MASUK.
  8. Pengunjung yang datang ke PSN perlu memastikan PENJARAKAN FIZIKAL SEKURANG – KURANGNYA 1 METER termasuk ketika menggunakan kemudahan dan berada di galeri pameran.
  9. Pelawat dinasihatkan untuk SENTIASA MENGAMALKAN KEBERSIHAN DIRI dengan kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air atau pensanitasi tangan.
  10. Sentiasa AMALKAN ETIKA BATUK DAN BERSIN YANG BETUL, lebih – lebih lagi ketika berada di tempat awam.
  11. Untuk memastikan pergerakan pelawat terkawal, PSN hanya menggunakan satu sahaja laluan keluar /masuk.
  12. Pelawat yang keluar dari galeri untuk ke tandas atau tujuan lain, dikehendaki melalui semula proses saringan kesihatan.
  13. Pelitup muka yang telah digunakan, perlu dibuang di tempat yang telah disediakan. Jangan sekali – kali dibuang merata – rata.
  14. Peringatan juga kepada pelawat, orang kurang upaya, OKU mesti diberi keutamaan sepanjang berada di PSN.

*Pusat Sains Negara berhak meminda mana – mana garis panduan atas nasihat Pihak Berkuasa termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

#psnprihatin #kitajagakita #kitamestimenang