KLESF 2014 Menggalakkan Pembelajaran Sains dan Kejuruteraan

Kuala Lumpur, 21 Januari 2014 – Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Akademi Kejuruteraan dan Teknologi ASEAN (AAET), Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Institut Jurutera Malaysia (IEM), dan Pusat Sains Negara akan bekerjasama untuk menganjurkan Pameran Sains dan Kejuruteraan Kuala Lumpur (KLESF), pada 25 hingga 27 April 2014, 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur sebagai langkah untuk memupuk minat pelajar sekolah terhadap bidang Sains dan Kejuruteraan.

Usahasama lima organisasi ini untuk menjayakan KLESF 2014 adalah demi mencapai objektif bersama iaitu untuk mencetus minat para pelajar dalam mendalami bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) serta menggalakkan mereka untuk menceburi bidang –bidang ini sebagai kerjaya. KLESF 2014 turut bertujuan meningkatkan kesedaran awam akan pentingnya STEM dalam memastikan kemajuan sosio-ekonomi dan pembangunan masyarakat.

KLESF 2014 akan menjadi landasan di mana sektor perindustrian dapat menyokong usaha menggalakkan pembelajaran dan peluang kerjaya dalam bidang berkaitan STEM dalam kalangan pelajar sekolah dan komuniti. Di samping itu, ini dapat membantu mewujudkan jaringan bagi pihak sekolah, pendidik, orang awam, dan sektor swasta untuk berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan projek-projek dan kurikulum tambahan berkenaan STEM. UTAR telah dilantik sebagai sekretariat KLESF 2014.

KLESF 2014 memperlihatkan penglibatan peringkat sekolah; kerajaan dan persendirian, industri, kakitangan dan pelajar UTAR, ahli-ahli institusi terbabit dan juga para penaja dalam kategori berikut:

  1. Demonstrasi dan Eksperiment Sains secara ‘hands-on’
  2. Aktiviti Uji Minda dan Matematik
  3. Program Mentoran Sekolah bagi Projek Sains dan Rekacipta Kejuruteraan
  4. Projek Pameran STEM Sekolah
  5. Pameran Sains Industri, Teknologi, dan Kejuruteraan
  6. Perkongsian berkaitan STEM oleh penceramah jemputan
  7. Poster dan pameran video berkaitan STEM

Program Mentoran Sekolah bagi Projek Sains dan Rekacipta Kejuruteraan merupakan inisiatif UTAR dan dirangka secara spesifik untuk melibatkan pelajar sekolah dalam sains dan projek rekacipta sistem elektronik. Ia bertujuan untuk meransang kreativiti dan minat pelajar terhadap sains dan teknologi melalui pembelajaran secara ‘hands-on’ dan penglibatan dalam perangkaan projek. Mereka mendapat bimbingan mentor-mentor dari UTAR yang terdiri daripada para pensyarah dan pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan & Sains (FES), Fakulti Sains, Fakulti Informasi dan Teknologi Komunikasi, serta Pusat Pengajian Asasi. Dalam memberi penekanan terhadap pendidikan sains dan teknologi demi menjamin pembangunan masyarakat, Naib Presiden UTAR (Penyelidikan & Pembangunan dan Komersial) Prof Dr Lee Sze Wei berkata, “Sains dan teknologi merupakan asas pemahaman manusia terhadap alam sekeliling. Kita tidak akan rugi jika menerapkan generasi masa hadapan dengan menggunakan acuan sains dan teknologi untuk kehidupan yang  lebih baik.”

Program ini ditawarkan dengan dua pengkhususan; Pengkhususan Sistem Elektronik (EST) dan Pengkhususan Sains (ST). Kedua-duanya mendedahkan para pelajar kepada langkah-langkah melaksanakan eksperimen, latihan, kerja berkumpulan, dan perbincangan. Setiap pengkhususan didatangkan dengan projek akhir di mana yang terbaik akan dipamerkan di KLESF 2014. Sekolah-sekolah yang pernah memenangi anugerah di peringkat kebangsaan akan turut dijemput untuk mempamerkan projek mereka.

Program mentoran sekolah ini ialah projek sulung melibatkan 7 buah sekolah menengah yang disenaraikan berikut. Mentor akan pergi ke sekolah terbabit sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam tempoh 3-6 bulan untuk membimbing pelajar-pelajar menegah bawah melaksanakan tugasan yang diberi. Jika terbukti berkesan, program ini boleh diperluas pelaksanaannya di peringkat kabangsaan pada masa hadapan.

Nama sekolah
KAMPAR                                                                          KUALA LUMPUR & SELANGOR1. SMJK Pei Yuan                                                            5.  SMK, Taman Melati,KL

2. Pei Yuan High School                                                  6.  Kuen Cheng High School,KL

3.  SMK Methodist (ACS )                                               7.  SMK, Kepong,Selangor

4. Westlake International School

 

 

Aktiviti Uji Minda dan Matematik pula fokus kepada kemahiran pengiraan. West Wong Woon Chieng, pemenang pingat gangsa dalam 2012 World Mental Olympics akan memberi perkongsian dan mengadakan bengkel bersama pelajar dan orang awam agar mereka lebih memahami asas-asas pengiraan secara mental. KLESF 2014 turut bakal menyaksikan nama-nama besar dalam industri menyertai Pameran Industri, Sains, Teknologi dan Kejuruteraan serta perbincangan berkaitan STEM.

Layari www.klengsc.net dari semasa ke semasa untuk maklumat terkini program ini.

 

Sumber: Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam UTAR

Terdahulu