Kolaborasi PSN dan Pusat STEM Negara bakal jadi kenyataan

KUALA LUMPUR – Kerjasama antara Pusat Sains Negara (PSN) dan Pusat STEM Negara, Kementerian Pendidikan bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi, dalam usaha meningkatkan minat serta pengetahuan pelajar terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik.

Permulaan kepada kerjasama itu adalah dengan kunjungan hormat pertama Pusat STEM Negara ke PSN pada 7 Februari 2019 lalu yang diketuai oleh Ketua Unit Pusat STEM Negara, Dr. Ihsan Ismail dan diiringi oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Puan Hjh. Rosnarizah Abd Halim serta bersama 25 delegasi dari Jabatan Pendidikan Negeri termasuklah Bahagian Matrikulasi.

Kunjungan hormat itu dimulakan dengan perjumpaan kedua – dua belah pihak, yang mana PSN diketuai oleh Pengarahnya, Puan Mismah Jimbun, serta diiringi Ketua Penolong Pengarah Kanan, Mohammad Fuad Rahman.

Delegasi Pusat STEM Negara turut dibawa melawat ke semua pameran sains, memandangkan ada di antara mereka yang baru pertama kali datang ke PSN.

Mereka turut dibawa melihat dan meninjau secara eksklusif ke pameran terbaharu di Pusat Sains Negara, iaitu ScienceVille yang bakal dibuka pada Mac ini.

Terdahulu