NATIONAL TINKERING CHALLENGE 2022: MEDAN ASAH BAKAT PELAJAR SELESAI ISU KOMUNITI MELALUI STEM

KUALA LUMPUR: Penganjuran National Tinkering Challenge anjuran Pusat Sains Negara (PSN) telah menyediakan platform kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mengetengahkan potensi mereka dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Sains (STEM) selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai individu yang mahir dalam bidang teknologi pada masa hadapan.

“Tinkering” ataupun aktiviti berkreativiti, merekabentuk dan berinovasi merupakan pendekatan terkini yang digunakan pusat sains di seluruh dunia bagi menggalakkan pembelajaran berasaskan konsep “pemikiran reka bentuk” (design thinking).

Pendekatan tinkering ini dapat menarik minat dan mengasah kemahiran (upskilling) masyarakat dalam bidang STEM ke arah cara kerja masa depan. Kaedah ini sejajar dengan aspirasi Negara membina tenaga kerja ke arah Revolusi Indusri (IR 4.0).

Penganjuran NTC ini pada dasarnya adalah untuk menarik minat dan menggalakkan penyertaan generasi muda khususnya pelajar sekolah (rendah dan menengah) dalam amalan budaya tinkering ini.

Malah, pertandingan ini turut menjadi platfom utama kepada masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja untuk terus berkreativiti dan berinovasi dalam mencari solusi menyelesaikan isu-isu berkaitan STEM yang wujud di persekitaran kita. Ini secara tidak langsung selain melatih pelajar untuk meneroka penggunaan ilmu sains dan teknologi untuk pengetahuan diri sendiri dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Selari dengan tema National Tinkering Challenge 2022 (NTC2022): Sains untuk Kesejahteraan Sejagat, memfokuskan 3 Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDGs) dari 17 SDGs yang gariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha merangka pembangunan lestari manusia sejagat.

Matlamat SDG yang dipilih untuk NTC 2022 adalah, SDG ke-3: Kesihatan Yang Baik dan Kesejahteraan, SDG ke-9: Industri, Inovasi dan Infrastuktur dan SDG ke-13: Tindakan Iklim dimana objektifnya mahu memastikan peserta menghasilkan inovasi yang boleh memberi kebaikan kepada manusia secara keseluruhanya.

NTC 2022 telah menerima lebih 800 orang penyertaan dari seluruh Malaysia, terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah serta guru pembimbing. Jumlah ini melibatkan peningkatan sebanyak 156% sejak NTC diperkenalkan pada tahun 2020.

NTC 2022 turut mengekalkan format pertandingan sedia ada dengan cabaran utama adalah peserta perlu menghasilkan projek fizikal, poster infografik dan video berkaitan penghasilan projek untuk dinilai oleh juri professional.

Sebanyak enam siri bengkel interaktif atas talian telah dihadiri peserta NTC. Bengkel merangkumi topik teknik komunikasi sains, design thinking, pencarian maklumat, dan mendalami tema NTC, iaitu Matlamat Pembangunan Lestari telah dihadiri peserta.

Bengkel interaktif NTC 2022 ini telah memberi nilai tambah kepada pengetahuan dan pendedahan peserta untuk merangka, merekabentuk dan menghasilkan projek ciptaan inovasi mereka.

Pusat Sains Negara mengucapkan tahniah kepada semua pemenang pada NTC 2022. Kepada mereka yang tidak berjaya, cuba lagi untuk edisi akan datang.

SENARAI PENUH PEMENANG NTC 2022:

KATEGORI SEKOLAH RENDAH
🥇Juara:
DOUBLE J
SJKC Sin Ya, Pulau Pinang
Projek: e-Guard

🥈Naib Juara:
The ToPS
SK Permatang To’ Kandu, Pulau Pinang
Projek: Lilin Aromaterapi

🥉Tempat Ketiga:
Budak DIY
Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah, Selangor
Projek: The Beep

🎁Sagu Hati Tempat Ke-4:
2k Arduino Kids
SJKT Sungai Besi, Kuala Lumpur
Projek: Smart Switch

🎁Sagu Hati Tempat Ke-5:
i-SKB Group 3
SK Bandar, Johor
Projek: SMART DOOR

⚒Anugerah Khas Juri:
Kreatif Pemenang
SJKC Kheow Bin, Selangor
Projek: Pasu Tumbuhan Automatik

🎥Anugerah Video Popular:
DOUBLE J
SJKC Sin Ya, Pulau Pinang
Projek: e-Guard

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
🥇Juara:
Team Aces
SMK Tiong Hin, Sarawak
Projek: D-Guard

🥈Naib Juara:
ARDOURS
SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur
Projek: PURIFY

🥉Tempat Ketiga:
Beaster ON
SMK Bandar Easter, Johor
Projek: Kulapot Care

🎁 Sagu Hati Tempat Ke-4:
Hero
SMJK Heng EE, Pulau Pinang
Projek: Centralized Parcel Sorting System (CPSS)

🎁 Sagu Hati Tempat Ke-5:
Angels StEM
SMK Tunku Putra, Johor
Projek: LA/VERA (Pencuci Muka Organik)

⚒ Anugerah Khas Juri:
Vivacity
SMK Panchor, Negeri Sembilan
Projek: Vivacity Emergency Bag

🎥 Anugerah Video Popular:
Team Aces
SMK Tiong Hin, Sarawak
Projek: D-Guard

Terdahulu