Pertandingan Robotik

Program ini adalah kerjasama di antara Pusat Sains Negara (PSN) dengan Bahagian Kesenian dan Ko-kurikulum (BKK), Kementerian Pelajaran Malaysia dan Sasbadi Sdn. Bhd. Sila layari website http://nrc.sasbadi.com untuk mendapat makluman terkini berkaitan dengan pertandingan ini.

Objektif
Merangsang pelajar yang menyertai program untuk menyelesaikan masalah melalui pemikiran kreatif, logik dan di luar sempadan (‘Out of the box’)

1) Meningkatkan kepakaran menggunakan peralatan berteknologi seperti berikut :
i. memprogramkan computer
ii. membina dan merekacipta robot
iii. menguasai bidang matematik, sains, komputer, seni dan bahasa.
2) Menyemai semangat berpasukan, meningkatkan kebolehan berkomunikasi dan mengasah bakat kepimpinan.
3) Memupuk kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan bermotivasi tinggi.

Kumpulan Sasaran
Pasukan yang mempunyai robotik set. Setiap pasukan terdiri daripada 3 peserta dengan seorang mentor. Pasukan perlu daftar melalui website http://nrc.sasbadi.com mengikut kategori seperti berikut:

i. Sekolah Rendah (Biasa)
ii. Sekolah Rendah (Terbuka)
iii. Sekolah Menengah Rendah (Biasa)
iv. Sekolah Menengah Rendah (Terbuka)
v. Sekolah Menengah Tinggi (Biasa)
vi. Sekolah Menengah Tinggi (Terbuka)

Butir-butir Program
Pertandingan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

i. Pertandingan Peringkat Zon.
ii. Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
iii. Pertandingan Peringkat Antarabangsa.

Terdahulu