Profil Korporat

Sejajar dengan wawasan kerajaan untuk melahirkan generasi penyumbang dalam bidang sains dan teknologi, Pusat Sains Negara telah diberi mandat untuk membina suatu masyarakat yang berbudaya sains.

Ianya bertitik tolak daripada salah satu daripada sembilan cabaran yang disenaraikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di  dalam kertas kerja beliau bertajuk Malaysia: The Way Forward (Wawasan 2020) yang dirangka pada tahun 1992.

Antara cabaran yang disenaraikan ialah tindakan untuk mewujudkan masyarakat saintifik  dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubaan yang tinggi  dan memandang ke hadapan , bukan sahaja sebagai pengguna teknologi  tetapi sebagai penyumbang kepada tamadun saintifik  dan teknologi masa depan.

Bagi merealisasikan cabaran ini, Pusat Sains Negara telah merangka beberapa strategi bertujuan untuk memupuk  kesedaran, kefahaman dan penghargaan orang ramai terhadap sains dan teknologi.
• Mewujudkan persekitaran serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran sains yang menyeronokkan.
• Menyedia dan membangunkan bahan pameran sains interaktif.
• Menyedia dan melaksanakan program darn aktiviti sains yang menarik.
• Memudahcara penyampaian sains dan teknologi.
• Menerbitkan bahan literasi sains dan teknologi.
• Memberi khidmat nasihat pendidikan sains tidak formal.

Terdahulu