Profil Korporat

Sejajar dengan wawasan kerajaan untuk melahirkan generasi penyumbang dalam bidang sains dan teknologi, Pusat Sains Negara telah diberi mandat untuk membina suatu masyarakat yang berbudaya sains.

Cadangan penubuhan Pusat Sains Negara adalah bertitik tolak daripada salah satu cabaran strategik yang disenaraikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam kertas kerja beliau bertajuk Malaysia-The Way Forward yang dirangka pada tahun 1992 berbunyi:

“The sixth is the challenge of establishing a scientific and progressive society, a society that is innovative and forward looking, one that is not only a consumer of technology but also a contributor to the scientific and technological civilization of the future.”

Bagi merealisasikan cabaran ini, Pusat Sains Negara telah merangka beberapa strategi bertujuan untuk memupuk kesedaran, kefahaman dan penghargaan orang ramai terhadap sains dan teknologi .

  • Mewujudkan persekitaran serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran sains yang menyeronokkan.
  • Menyedia dan membangunkan bahan pameran sains interaktif.
  • Menyedia dan melaksanakan program dan aktiviti sains yang menarik.
  • Memudahcara penyampaian sains dan teknologi.
  • Menerbitkan bahan literasi sains dan teknologi.
  • Memberi khidmat nasihat pendidikan sains tidak formal.
Terdahulu