Program Science Kids

Program Science Kids yang dahulunya dikenali sebagai Program Anak Angkat PSN merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 lagi. Setiap tahun sambutan dan maklumbalas yang amat menggalakkan diterima daripada semua peserta.

Objektif
i. Memberi peluang kepada pelajar luar bandar untuk merasai pengalaman sebenar sesebuah Pusat Sains Negara.
ii. Menimbulkan kesedaran dan keyakinan kepada masyarakat desa bahawa setiap lapisan masyarakat boleh menceburi bidang sains.
iii. Memberi pendedahan kepada pelajar luar bandar berkenaan penggunaan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian
iv. Memberi pendedahan kepada pelajar luar bandar tentang pencapaian sains dan teknologi negara.
v. Memberi peluang yang sama kepada pelajar miskin untuk menikmati kemudahan pembelajaran-pengajaran di Pusat Sains Negara.

Kumpulan Sasaran
Pelajar luar bandar yang berumur antara 12 hingga 14 tahun seluruh Malaysia seramai 70 orang yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Butir-butir Program
Program ini direkabentuk khas untuk pelajar-pelajar dari luar bandar. Mereka dikumpul di Pusat Sains Negara untuk masa selama satu minggu. Mereka akan didedahkan kepada galeri pameran, program pendidikan, menjalankan projek sains dan drama sains serta mengadakan lawatan ke agensi MESTECC.

Kekerapan Program Setahun
Satu tahun satu (1) kali

Tel: 03-20893400

Terdahulu