Program Science On The Move


Program Science On The Move pada mulanya dikenali sebagai Program Sekolah Angkat yang difokuskan kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan bersekolah di persekitaran Lembah Klang yang tidak berkemampuan untuk datang ke Pusat Sains Negara. Kini, program tersebut telah menjangkau luar dari Kuala Lumpur merangkumi sekolah rendah dan menengah.

Program sehari yang dibuat di sekolah yang terpilih menyediakan aktiviti sains berbentuk hands on serta menguji kreativiti pelajar dengan menggunakan bahan- bahan terpakai. Pada sesi petang pula, aktiviti eksplorasi sains yang mengambil tempat di mana setiap kumpulan perlu menempuh 10 check point yang menyediakan beberapa tugasan dan soalan terkumpul.

Terdahulu