PSN CATAT NAMA DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Pada 4 Disember 2013 yang lalu, Pusat Sains Negara telah menempa nama dalam Malaysia Book of Records apabila berjaya menganjurkan program Malaysia Butterfly Project sempena Festival  Sains PSN 2013.

Program ini telah mencipta satu rekod Malaysia yang baharu sebagai ‘Most Number of Butterfly Specimen Created in a Single Event’ apabila mendapat penyertaan daripada 400 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak tadika, pelajar sekolah, pelajar IPT serta daripada kalangan ibu-bapa.

Dalam program tersebut, para peserta terlebih dahulu diberikan taklimat mengenai kitaran hidup rama-rama serta jenis-jenisnya. Kemudian, mereka ditugaskan untuk mengawet rama-rama tersebut dan seterusnya memasukkan ke dalam bekas yang telah disediakan.

Melalui program sebegini, para peserta telah diberi pendedahan mengenai hidupan dan diharap dapat memberikan kesedaran kepada semua dalam memelihara alam sekitar.

Terdahulu