PSN dan UMS bangunkan “Young Scientist Galery”

KOTA KINABALU – Tidak mustahil satu hari nanti, Sabah memiliki ramai saintis muda, apabila Pusat Sains Negara (PSN) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bekerjasama dengan meralisasikan program Young Scientist Gallery.

Galeri yang akan diwujudkan tidak lama lagi ini, akan memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah dan rendah untuk melakukan ujikaji dan simulasi ringkas berkaitan dengan sains, teknologi dan matematik.

Malah dengan usaha kedua – dua pihak ini bakal menarik pelajar untuk mempelajarinya selain memupuk minat terhadap bidang sains, teknologi dan matematik.

Sekaligus, program yang bermanfaat ini berupaya mencungkil bakat para pelajar melalui tiga matapelajaran tersebut.

Kerjasama yang julung kali diadakan antara PSN dan UMS ini bakal memberi ruang dan peluang pelajar yang datang dari pelbagai latarbelakang keluarga untuk maju kehadapan bersama sains.

Young Scientist Gallery akan dibangunkan antara PSN dan UMS di Galeri Penyelidikan UMS dengan penyediaan sebuah ruang yang sesuai di Aras 2.

Semalam, PSN yang diketuai oleh Pengarahnya, Mismah Jimbun mengadakan kunjungan ke atas Penolong Naib Canselor, Prof. Dr. Marcus Jopony.

Turut serta, Pengarah Pusat Pelaburan dan Endowmen UMS, Prof. Madya Dr. Rahimie Abd Karim dan Ketua Penolong Pengarah Kanan PSN, Mohammad Fuad Rahman.

Terdahulu