PSN TROOPERZ singgah di Pantai Timur!

KUALA TERENGGANU – Pusat Sains Negara, PSN Trooperz menjelajah pula ke Pantai Timur, kali ini ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam, Kuala Terengganu yang telah dihadiri lebih 1000 pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Tidak melepaskan peluang menyertai pelbagai program yang disusun oleh PSN ialah 120 orang guru yang sangat teruja dengan kehadiran PSN Trooperz yang pertama kali menjejakkan kaki ke SMK Seri Nilam.

Walaupun program berlangsung hanya 1 hari, pelbagai manfaat diperoleh pelajar SMK Seri Nilam melalui aktiviti yang disediakan oleh PSN Trooperz antaranya DIY 3D Hologram.

Selain itu, turut dipamerkan kepada pelajar ialah Pameran Modular, Bas Pameran, Cabaran STEM, Persembahan Sains yang dibawakan khas oleh PSN ke SKM Seri Nilam sempena dengan dengan Bulan Sains dan Matematik Tahun 2019.

Program yang mendapat sambutan amat memberangsangkan itu, dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Tuan Hj. Jelani bin Sulong.

Peserta yang ditemui rata – rata mahu PSN Trooperz lebih kerap datang ke sekolah berkenaan pada masa akan datang bagi memberikan lebih banyak ilmu sains yang masih belum diteroka pelajar sekolah itu.

PSN Trooperz merupakan satu inisiatif PSN untuk membawa pameran berkaitan sains dekat kepada pelajar khususnya yang berada di luar Lembah Klang yang tiada kesempatan mengunjungi PSN Kuala Lumpur dan Alor Setar.

Terdahulu