Pusat Sains Negara catat lebih 52,000 pengunjung.

KUALA LUMPUR – Penganjuran Minggu Sains Negara fasa 1 yang bertemakan Sains Untuk Kesejahteraan, yang berlangsung dari 1 April hingga 7 April lalu berjaya menarik lebih 52,000 pengunjung ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur dan Cawangan Wilayah Utara.

Angka tersebut sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang ilmu sains yang masih kurang diterokai oleh rakyat di negara ini.

Penyusunan aktiviti yang menyeluruh oleh Pusat Sains Negara, PSN tidak kira peringkat umur, membuktikan bahawa sains bukan sahaja untuk orang dewasa, malah ia juga boleh dipelajari pelbagai lapisan masyarakat.

Aktiviti yang disediakan oleh PSN juga amat berkait rapat dengan kehidupan seharian manusia, dan ia diterangkan melalui aktiviti yang menyeronokkan serta berilmiah.

Aktiviti yang disediakan termasuklah, Meet the Scientist, Robotic & Programming Workshop, Subterranean Journey dan pelbagai lagi aktiviti dan pertunjukkan sains di pentas utama PSN, selain tarikan terbaharu PSN, iaitu Science Valley.

Fasa kedua dijangka akan dilangsungkan pada bulan Ogos depan dengan pengisian aktiviti dan pameran yang akan diberi nafas baharu, untuk pengunjung yang hadir ke PSN.

Terdahulu