PSN pasti menjadi destinasi terbaik anda

“Terokai Sendiri, Keriangan Dirasai,
Sekali Ke Sini, Pasti Memikat Hati!”

Kunjungan ke Pusat Sains Negara (PSN) menawarkan peluang untuk menerokai dunia sains yang penuh keterujaan melalui pengalaman berinteraksi secara langsung dengan fenomena sains yang disampaikan dengan cara yang mudah difahami.

Lokasinya yang strategik di puncak Bukit Kiara, Kuala Lumpur dengan senibina bangunan moden yang memiliki kubah geodesik pasti menggamit kehadiran pengunjung daripada pelbagai latarbelakang dan usia. Memegang peranan sebagai salah sebuah pusat penerokaan sains yang terunggul di Malaysia, PSN menawarkan lebih daripada 600 bahan pameran interaktif di galeri-galeri bertema yang terdapat di dalam dan luar bangunan.

Terdahulu