Taman Eko Sains pertama di Sabah.

Tidak dapat ke Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur? Adik – adik yang berada di Sabah khususnya di Ranau tidak perlu bimbang, apabila Negeri di Bawah Bayu itu mempunyai Taman Eko Sains yang pertama!

Taman Eko Sains yang terletak di Sekolah Kebangsaan Kundasang ini sebenarnya dapat memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang teknologi dan kajian terkini yang dijalankan di institut pengajian dan jabatan – jabatan kerajaan.

Sesiapa yang berminat untuk mempamerkan bahan reka cipta, disinilah tempatnya untuk pelajar menunjukkan bakat dan kreativiti mereka. Platform ini juga disediakan khusus untuk mereka untuk berkarya tanpa batas.

Malah, Taman Eko Sains ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan sains dan teknologi dan cara mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Selepas ini, tiada lagi alasan pelajar di luar bandar tidak memperolehi akses terhadap bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics STEM.

Jadi, beruntung sungguh mereka ini, apabila dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi tanpa perlu terbang ke Kuala Lumpur untuk ke Pusat Sains Negara.

Baru – baru ini, Taman Eko Sains telah dirasmikan oleh wakil Ketua Menteri Sabah, Tuan Mohammad Mohamarin. Beliau turut melawat kawasan yang berkeluasan 1200 meter persegi itu, yang siap sepenuhnya pada penghujung tahun lalu.

Hadir sama, Pengarah Pusat Sains Negara, Puan Mismah Jimbun yang memberi penerangan terhadap fungsi Taman Eko Sains kepada tetamu yang hadir pada majlis perasmian tersebut.

Terdahulu