Pautan Kerajaan & Agensi
Zon Pameran Outdoor
Rumah Akuatik
Pusat kuarantin yang menempatkan pelbagai hidupan marin dan air tawar seperti batu karang, ikan, kura-kura dan tumbuhan akuatik. Tempat yang menarik dan sesuai untuk menjalankan aktiviti sains akuatik
Sebuah kawasan rekreasi yang menempatkan beberapa bahan pameran berunsurkan air yang mengajak pengunjung memahami konsep fizik seperti tekanan permukaan dan tenaga kinetik
Taman ini menempatkan pelbagai spesis tumbuhan herba dan rempah yang mempunyai nilai perubatan dan komersial
Beberapa bahan pameran gergasi dan peralatan senaman yang menepati ciri-ciri perkembangan fizikal serta psikologi manusia yang gemarkan sesuatu peralatan berbentuk permainan tetapi mempunyai konsep sains yang tersirat
Galeri ini membawa pengunjung mengembara ke kawasan gunung berapi, struktur bawah tanah sehingga ke dasar lautan dengan menaiki chair ride. Terdapat juga Simulator 3D yang membawa pengunjung merasai penerokaan alam maya
Memperkenalkan famili tumbuhan berbunga seperti Bunga Raya, Bunga Ros, Bunga Kertas, Halia dan Bunga Kenanga
Kawasan ini merupakan titik tumpu di Science Wonderland yang berperanan sebagai tempat berhimpun serta rujukan utama taman. Terdapat pancuran Buckyball yang menjadi simbolik kepada struktur molekular yang penting dalam bidang nanoteknologi
Taman ini menawarkan pendekatan pembelajaran biologi dan biodiversiti dalam ekosistem tropika. Pemilihan bahan pameran, flora dan fauna yang ditempatkan di kawasan ini adalah sealiran dengan program pendidikan yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran tertentu terutamanya pelajar sekolah dan keluarga
Taman ini membawa anda ke zaman prasejarah melalui beberapa replika dinosaur yang hidup pada zaman tersebut seperti T-rex dan Triceratops
Laluan interaktif ini merupakan salah satu laluan alternatif kepada pengunjung yang gemarkan cabaran