National Tinkering Challenge

2022

TERKINI

Pautan youtube untuk rakaman bengkel NTC 2022 boleh dilihat disini.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel di tinkering.ntc@psn.gov.my atau nombor di bawah.

Pn Haizun: 03-2089 3481 / 019- 333 4282
Pn Nurshafika: 03-2089 3566/ 017-201 2377
Pn Emielia: 03-2089 3409

Maklumat Pertandingan

 

 

Pengenalan Tinkering

Tinkering” ialah perbuatan yang menggambarkan aktiviti berkreativiti, merekabentuk dan menambahbaik sesuatu benda. Termasuklah membuat rekabentuk, binaan ringkas mekanikal dan elektrikal, percetakan 3D dan pengaturcaraan robotik, arca seni dan sebagainya.

 

Objektif pertandingan:

1. Platform dan ekosistem yang berpanjangan bagi masyarakat untuk terus merekacipta, berkreativiti dan berinovasi;


2. Menggalakkan pelajar mengaplikasikan STEM secara kreatif dan kritis ke arah peningkatan kualiti kehidupan harian; dan


3. Menyokong Dasar Sains, Teknologi, Inovasi Negara (DSTIN, 2021-2030) dengan usaha pembudayaan Sains,Teknologi dan Inovasi (STI) di kalangan masyarakat melalui aktiviti pembelajaran sains bukan formal di Pusat Sains Negara.

 

Kategori peserta:

a) Sekolah rendah (Tahun 4 – 6)

Perlu menghantar 3 item sahaja iaitu satu video pendek, satu poster projek DAN slip penghantaran yang menepati format yang telah ditetapkan.

b) Sekolah menengah (Tingkatan 1 – 5)

Perlu menghantar 3 item iaitu satu video pendek, satu poster DAN slip penghantaran yang menepati format yang telah ditetapkan.

 

Yuran penyertaan : Percuma




 
Copyright© @ Pusat Sains Negara 2022