Ayuh sertai Anak Sains 2019!

Anda berminat dan ingin tahu tentang kajian genetik dan bioteknologi? Ayuh sertai program Anak Sains 2019 yang akan berlangsung dari 14 hingga 17 Ogos 2019 di Lembah Klang.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda termasuklah DNA Science dimana peserta akan belajar mengenai DNA dan kepentingannya selain mempelajari untuk amplifikasi gen tertentu daripada campuran DNA dengan bantuan mesin tindakbalas berantai polimerase secara praktikal.

Manakala aktiviti Art from the Forest, peserta akan mempelajari untuk membuat hasil seni berkualiti daripada ahli seni Malaysia menggunakan pendekatan tradisional iaitu warna air dan minyak.

Kalau anda berminat untuk membuat minuman menggunakan hasil tumbuhan hutan daripada chef profesional, program ini juga menyediakan modul Food from the Forest yang akan dijalankan di Kuala Selangor Nature Park..

Berumur antara 14 hingga 16 tahun anda layak sertai program ini. Jadi apa tunggu lagi, daftarlah sekarang! Penyertaan adalah percuma dan tempat terhad! Tarikh tutup penyertaan pada 25 Julai 2019. Borang penyertaan seperti di pautan berikut: https://adobe.ly/2LBFIMS

Borang yang lengkap diisi, perlu hantarkan ke: admin@anaksains.org

Untuk maklumat lanjut, hubungi +603-2089 3400 samb. 3409 (Emielia).