Soalan Lazim

Soalan Lazim

Apakah waktu operasi PSN?

Sabtu hingga Khamis (9:00 pagi – 5:00 petang).
Tutup pada hari Jumaat.
Kaunter tiket hanya beroperasi sehingga 4:30 petang.
Pengumuman penutupan pada hari perayaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sila lihat Waktu Operasi.

Adakah PSN dibuka sewaktu musim cuti sekolah dan cuti umum?

Ya, dan tutup pada Hari Raya Aidilfitri.(*akan berubah dari masa kesemasa.)

Di manakah saya boleh membeli tiket masuk PSN?

Tiket boleh dibeli di kaunter tiket yang terletak di  pintu masuk bahagian hadapan PSN

Perlukah pelawat membuat tempahan awal?

Ya, hanya bagi rombongan sekolah sahaja.
Sila hubungi kami secara terus untuk membuat tempahan awal.

Apakah tarikan umum PSN?

Konsep asas sains dalam bentuk interaktif.

Di manakah terletaknya PSN?

Di kaki bukit Bukit Damansara, bersebelahan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), dan berhadapan bangunan Suruhanjaya Sekuriti.
Sila lihat Peta Lokasi.

Apakah terma dan syarat di dalam bangunan PSN?

Makanan dan minuman dilarang dibawa masuk ke dalam bangunan. Merokok dan haiwan peliharaan dilarang di semua premis bangunan PSN.

Apakah yang saya akan dapat / peroleh dari PSN?

Ilmu pengetahuan dan keseronokan.

Apakah kemudahan lain yang disediakan di PSN?

Surau dan cafeteria.
Sila lihat Kemudahan.

Di manakah letaknya masjid yang terdekat?

Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Adakah warga istimewa dikenakan bayaran?

Tiada bayaran dikenakan.
Sila lihat Bayaran Masuk.

Berapakah harga tiket untuk pelawat dewasa?

RM6.00 setiap seorang. (13 tahun dan ke atas).
Sila lihat Bayaran Masuk.

Berapakah harga tiket untuk pelawat kanak-kanak?

RM3.00 setiap seorang. ( 7 tahun – 12 tahun ).
Sila lihat Bayaran Masuk.

Berapakah harga tiket untuk warga emas?

RM3.00 setiap seorang. ( 55 tahun dan ke atas ).
Sila lihat Bayaran Masuk.

Adakah saya boleh menempah tiket secara online? Bagaimana?

Ya. Sila lengkapkan Borang Tempahan Lawatan untuk membuat tempahan.
Borang tempahan masih diselengara, untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi kami secara terus

Tiada soalan anda disini?

Sila ajukan soalan anda melalui email webmaster(at.)psn.gov.my