Program Sekolah


Pusat Sains Negara menyediakan beberapa jenis aktiviti/eksperimen “hands-on” yang berasaskan permintaan dan tempahan daripada sekolah:

Program Pra Sekolah

Memberi pendedahan melalui beberapa aktiviti sains yang mudah serta pengenalan dalam bidang sains kepada kanak-kanak tadika yang berumur 4 -6 tahun. Ini akan merangsang minat anak-anak kecil dalam bidang sains serta memahami konsep sains sambil belajar, bermain dan berfikir. Ia dijalankan dengan konsep lakukan, perhatikan, menerangkan konsep dan belajar terma-terma sains.

Program ini dijalankan dalam persekitaran yang menarik serta cara pembelajaran yang tidak formal dan menyeronokkan.

Program Sekolah Rendah

Program ini dirangka khas untuk pelajar sekolah rendah berumur 7 hingga 12 tahun. Ia dipenuhi dengan pelbagai jenis aktiviti “hands-on” yang dirangka untuk meningkatkan pemikiran kritikal dikalangan pelajar dan membina perasaan ingin tahu mereka terhadap sains.

Program Sekolah Menengah

Program ini dirangka khas untuk pelajar sekolah menengah berumur 13 hingga 17 tahun. Ia dipenuhi dengan pelbagai jenis aktiviti “hands-on” yang dirangka untuk meningkatkan pemikiran kritikal dikalangan pelajar dan membina perasaan ingin tahu mereka terhadap sains. Setiap pelajar diberi peluang untuk membuat pemerhatian, ujikaji, mengumpul dan mentafsir data, membuat inferens dan membuat kesimpulan mengenai yang mereka perolehi.

Tempahan Program Sekolah

Untuk menempah Program Sekolah, silalah mengisi Borang Tempahan Program Sekolah selewat-lewatnya dua (2) minggu dari tarikh lawatan. Sebagai alternatif sila hantar surat kepada:

Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

Pengarah,
Pusat Sains Negara,
Persiaran Bukit kiara, Bukit Kiara,
50662 Kuala Lumpur
(U.P : Penyelaras Program, Mohamad Firdaus Nawawi)

Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi :

Penyelaras Program
Mohamad Firdaus Nawawi (firdaus_nawawi[at]psn.gov.my)
Tel: 03-20893400 samb. 3492


Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara

Ketua Cawangan,
Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara,
Gunung Keriang,
06500 Alor Setar, Kedah
(U.P : Penyelaras Program, Siti Aminah Binti Abd. Razis)

Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi :

Penyelaras Program
Siti Aminah Binti Abd. Razis (sitiaminah[at]psn.gov.my)
Tel: 04-7353373