Merancang Lawatan

Pusat Sains Negara Kuala Lumpur
Pusat Sains Negara (PSN) adalah sebuah institusi pendidikan tidak formal dengan menyediakan dua aras Galeri dan Pameran serta sebuah taman pendidikan yang dinamakan Science Wonderland. Bahan pameran dan aktiviti yang disediakan adalah direka untuk setiap lapisan umur dan latar belakang sama ada individu mahupun lawatan berkumpulan.

Bahan pameran yang disediakan oleh PSN adalah mengamalkan konsep ‘self exploration’. Oleh itu pihak PSN TIDAK menyediakan khidmat jurupandu untuk lawatan anda. Anda boleh meluangkan masa satu jam atau satu hari untuk lawatan di PSN.

Program Nature Secret

Sekiranya anda merupakan peminat sains dan teknologi, anda akan rasa satu hari adalah tidak cukup untuk anda memahami dan membelajari semua bahan pameran di sini. Sekiranya anda hanya bersantai bersama dengan keluarga atau rakan, masa minimum yang diperlukan adalah dua jam untuk melawat semua galeri di PSN. Anda dapat juga menyaksikan pertunjukkan sains serta beberapa aktiviti sains yang ditetapkan oleh PSN  semasa lawatan anda.

 Untuk makluman anda, bayaran masuk hanya untuk pameran tetap di PSN sahaja. Sekiranya terdapat pameran bertema, wujudnya bayaran tambahan terhadap bayaran masuk yang tertakluk kepada pameran bertema tersebut.

Sekiranya anda memerlukan aktiviti sains yang disediakan khas oleh pegawai PSN, anda boleh menempah Program Sekolah untuk lawatan anda. Untuk makluman anda, program sekolah hanya dijalankan pada hari bekerja, iaitu Isnin hingga Khamis. Lawatan berbentuk sebegini dinamakan Lawatan Berprogram. Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi kami sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu sebelum lawatan untuk pihak PSN memproses permohonan tersebut.

Demonstrasi Menyelam

Bayaran Lawatan Berprogram adalah termasuk dalam harga tiket lawatan ke galeri pameran tetap PSN. Untuk maklumat lanjutan dalam merancang lawatan anda ke PSN, sila klik menu Garis Panduan. Jika anda memerlukan penerangan lanjutan sila hubungi:

Pertanyaan Am
Puan Shuhaila Samat
sue[a]psn.gov.my
Tel: 03-2089 3400
Fax: 03-2089 3401


Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU)
Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU) adalah cawangan yang pertama ditubuhkan bagi memenuhi keperluan tarbiyah ilmu sains, teknologi dan inovasi bagi penduduk di kawasan Wilayah Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara). PSNCWU menyediakan sebuah galeri pameran sains yang mengandungi beberapa seksyen di dalamnya seperti Science Mall, Fascinating Tunnel, Sudut Islam dan Sains dan banyak lagi. Di samping itu, PSNCWU juga menyediakan sebuah taman pendidikan iaitu Taman Pendidikan Oryza.

Anda bolehlah meluangkan masa semaksima yang mungkin di sini kerana tiada had masa yang ditetapkan bagi lawatan galeri. Di sini anda boleh meneroka dan menimba ilmu yang terdapat dalam dunia sains dan teknologi.

Sekiranya anda ingin menyertai aktiviti sains yang disediakan khas oleh pegawai PSNCWU, anda boleh menempah aktiviti yang terdapat dalam Program Sekolah. Program sekolah hanya dijalankan pada hari bekerja iaitu Ahad hingga Khamis. Tempahan bolehlah dibuat dengan mengisi Borang Tempahan Program, sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh lawatan yang anda rancang.  Jika anda memerlukan penerangan lanjutan sila hubungi:

Pertanyaan Am
Ayuni Akmalina Alias
ayuni[a]psn.gov.my
Tel: 04 -720 7700
Fax:04 – 720 7701