Garis Panduan

Garis Panduan

Untuk memastikan lawatan anda berjalan dengan lancar dan sempurna, sila baca dan fahami garis panduan yang disediakan di bawah :

Lawatan

  • PSN menyediakan lebih dari 1,000 bahan pameran bercorak interaktif.
  • Bahan pameran ditempatkan di dua belas galeri pameran.
  • Bahan pameran telah direkabentuk menggunakan konsep “tertumpu kepada orang yang belajar” dan “belajar sendiri”.
  • Bahan pameran direkabentuk untuk lawatan berulang.
  • Pengalaman adalah berlainan bagi setiap lawatan.

Ketibaan

  • Pelawat kanak-kanak dan pelawat lanjut usia dinasihatkan supaya turun dan menaiki kenderaan di depan pintu masuk bangunan PSN.
  • Pelawat dinasihatkan membaca semua arahan dan panduan yang tersedia di PSN.
  • Semua pelawat yang masuk ke kawasan PSN hendaklah sentiasa berhati-hati. PSN tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
  • Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam bangunan PSN.
  • Dilarang merokok di premis PSN.
  • Dilarang membawa binatang peliharaan ke premis PSN.

Kenderaan Persendirian:

PSN terletak di Persiaran Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Anda boleh gunakan aplikasi Waze atau Google Maps, taip: Pusat Sains Negara.

Menaiki pengangkutan awam ke PSN Kuala Lumpur

Dari KL Sentral:

1. Naik komuter/LRT/KL Monorel ke KL Sentral.

2. Ambil bas Rapid KL bernombor 850 di KL Sentral untuk ke PSN.

Dari stesen MRT:

1. Naik Tren MRT dari mana – mana stesen.

2. Turun di Stesen SBK13 Pusat Bandar Damansara.

3. Naik bas perantara MRT bernombor T818 atau T852.

4. Turun di Stesen Pusat Sains Negara.