Program Jangkau Luar

Program Jangkau Luar merupakan mini Pusat Sains Negara (PSN) yang dibawa keluar untuk memperkenalkan PSN ke seluruh pelusuk Malaysia terutamanya ke kawasan desa dalam skala kecil. Program ini diwujudkan atas dasar memberi peluang kepada masyarakat yang tidak berpeluang untuk melawat serta memanfaatkan pembelajaran Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang ditawarkan oleh PSN terutamanya masyarakat dari negeri-negeri Utara, Selatan, Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang jauh dari PSN.

Terdapat 3 program Jangkau Luar dijalankan iaitu:

Program Kelana Sains
Program Perkhemahan Sains
Program Singgah Sains

 

Program Kelana Sains

 

Program Kelana Sains

Program kelana Sains merupakan program jemputan luar yang dibuka untuk tempahan kepada masyarakat yang tidak berpeluang melawat PSN. Jemputan yang diterima adalah dari pelbagai peringkat seperti kementerian, kerajaan negeri, sekolah, swasta, pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti.

Pengisiannya bercorak sains hands-on dan interaktif. Antara aktiviti yang dijalankan adalah persembahan sains, aktiviti dan bengkel sains serta pameran interaktif. Pengisian program ini dirangka bagi memupuk kesedaran dan membudayakan STI kepada masyarakat. Program ini pada asalnya telah bermula dengan menggunakan karavan sebagai bahan pameran bergerak di sekitar Lembah Klang dan seterusnya telah dinaiktaraf kepada bas pameran yang lebih besar dan mudah untuk menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia.

Terdapat beberapa pengisian untuk program Kelana Sains. Antaranya:
• Bas Pameran
• Pameran modular
• Persembahan Sains
• Bengkel Sains
Skill Station (Explorace Sains)

Tempahan Program Kelana Sains
Untuk menempah Program Kelana Sains, sila hubungi penyelaras program bagi menentukan tarikh program dan kandungan program. Sebagai alternatif sila hantar emel atau surat kepada:

Pengarah,
Pusat Sains Negara,
Persiaran Bukit kiara, Bukit Kiara,
50662 Kuala Lumpur

Penyelaras Program
Low Yoon Keong
(low@psn.gov.my)
Tel: 03-208935477

Tengku Mohd Hazimi bin Tuan Hassan
(m.hazimi@psn.gov.my)
Tel: 03-20893493


Aktiviti Sains Tower Pillar





STEM Corner

 




Pertunjukan Sains




Skill Station-Human Body

Program Perkhemahan Sains

Program Perkhemahan Sains merupakan program ‘belajar sambil berkampung’. Program ini dirangka untuk memberi peluang kepada peserta/pelajar mempelajari bidang sains dan teknologi. Program ini dijalankan selama beberapa hari di lokasi terpilih. Aktiviti yang dijalankan adalah bercorak bengkel sains seperti:

1. Turbo Car
2. Robobug
3. Pengangkutan Air (Bot)
4. Flood Detector
5. Balancing
6. Positif Negatif (Elektrostatik)
7. Jambatan Paskal
8. Nature Scent (Minyak wangi)
9. Kobis Ungu (Indikator pH)
10. Turbin Angin
11. Gravity Manipulation
12. Bonepart (Rangka tulang)

. Antara program Perkhemahan Sains yang telah dijalankan ialah:

1. Program Perkampungan Sains Melaka 2016 (kerjasama dengan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka)
2. Program Moonson Science Camp (kerjasama dengan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Penyelaras Program
Pusat Sains Negara Kuala Lumpur
Low Yoon Keong
(low@psn.gov.my)
Tel: 03-208935477

Tengku Mohd Hazimi bin Tuan Hassan
(m.hazimi@psn.gov.my)
Tel: 03-20893493

 

Aktiviti Pengukur Kelajuan Angin dan Arah Mata Angin

Antara Hasil-Hasil Kerja Peserta Kem

Aktiviti Pengesan Banjir


Program Singgah Sains

Program Singgah Sains merupakan program sains yang dirangka bagi kawasan orang asli dan pedalaman. Program ini dibawa khas untuk memperkenalkan dan menggalakkan penerokaan ilmu sains di kalangan masyarakat orang asli dan pedalaman yang sukar untuk mendapat pendedahan ilmu sains. Program ini dijalankan secara meluas ke sekolah-sekolah dan komuniti di kawasan orang asli dan pedalaman seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Program ini turut melibatkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Bagi yang berminat dan menepati kriteria program serta memerlukan maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi:

Penyelaras Program
Pusat Sains Negara Kuala Lumpur
Low Yoon Keong
(low@psn.gov.my)
Tel: 03-208935477

Tengku Mohd Hazimi bin Tuan Hassan
(m.hazimi@psn.gov.my)
Tel: 03-20893493

Bengkel sains graviti

Science crew exercise

Bengkel sains asas

Borang Tempahan Program Jangkau Luar