Kemudahan

Pusat Sains Negara menyediakan kemudahan asas yang lengkap dan terkini bagi memastikan pengunjung mendapat keselesaan dan kualiti yang sepenuhnya. Di samping menyediakan kemudahan-kemudahan asas, terdapat juga beberapa kemudahan tambahan yang lain seperti auditorium dan arena aktiviti. Setiap kemudahan dijaga dan diselenggara sebaik mungkin oleh kakitangan Pusat Sains Negara. Anda juga boleh menempah melalui Borang Tempahan Kemudahan yang disediakan.

Pusat Sumber

 

Pusat Sumber PSN mula dibuka pada tahun 1996 sebagai salah satu kemudahan kepada kakitangan Pusat Sains Negara. Pada tahun 2001, keahlian telah mula dibuka kepada orang awam.

 

 

 

 

Auditorium Ibnu Sina

 

Pusat Sains Negara dilengkapi dengan dua buah auditorium. Auditorium Ibnu Sina mempunyai kapasiti seramai 250 orang dan sesuai untuk majlis dan program formal.

 

 

 

 

Auditorium Quantum

 

Auditorium Quantum yang berkonsepkan bilik kuliah boleh memuatkan seramai 80 orang.

 

 

 

 

 

Arena Aktiviti

 

Arena Aktiviti Terletak di kawasan Science Wonderland dan digunakan untuk menjalankan pelbagai aktiviti sukan dalaman dan program luaran seperti senam robik, campfire dan sebagainya. Persekitaran yang luas dan selesa menjadikan lokasi ini kondusif untuk aktiviti riadah.

 

 

 

Kafeteria

 

Kafeteria ini terletak di sebelah kedai cenderahati dengan berlatarbelakangkan kehijauan lanskap. Persekitaran yang kondusif dan nyaman menjadikan tempat ini sesuai sebagai tempat bersantai sambil menjamu selera. Pengunjung juga boleh menikmati panorama Science Wonderland dari kawasan anjung kafeteria ini.

 

 

 

Surau

 

Terdapat dua buah surau disediakan kepada kakitangan serta pengunjung Pusat Sains Negara untuk mengerjakan solat yang boleh memuatkan kira-kira 200 jemaah. Surau ini turut digunakan untuk menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan seperti majlis tahlil dan bacaan Yasin, solat terawih dan sebagainya.

 

 

 

Dewan Serbaguna

 

Dewan Serbaguna boleh disewa mengikut kadar yang ditetapkan untuk majlis jamuan, majlis pelancaran, dan bengkel. Ia dilengkapi dengan meja bulat dan mempunyai 150 tempat duduk.

 

 

 

Kedai Cenderahati

 

Kedai ini terletak bersebelahan bangunan Pusat Sains Negara dan menjual pelbagai barangan cenderahati. Keunikan kedai ini adalah kebanyakan barangan yang dijual berkonsepkan sains dan menguji minda. Memorabilia Pusat Sains Negara juga boleh didapati di sini antaranya seperti pen, rantai kunci, koleh, kemeja-T dan sebagainya.

Masuk Kandungan Sini

PUSAT SAINS NEGARA IS
CLOSED
FOR RENOVATION


----

PUSAT SAINS NEGARA
DITUTUP
SEMENTARA BAGI KERJA-KERJA PENAIKTARAFAN