Program Familiarization

Program ini adalah kerjasama antara Pusat Sains Negara dengan Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPG) dan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
[singlepic id=67 w=320 h=240 float=none]
Objektif
Pendedahan kepada guru-guru mengenai mengenai perkhidmatan/produk yang ditawarkan oleh Pusat Sains Negara bagi memudahkan guru-guru merancangkan lawatan ke Pusat Sains Negara (PSN).

Kumpulan Sasaran

  • Guru-guru sains dan matematik sekolah rendah yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Guru-guru sains dan matematik sekolah menengah yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Guru-guru pelatih sains dan matematik yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Butir-butir Program
Satu sesi taklimat mengenai Pusat Sains Negara (PSN) akan didedahkan kepada guru-guru supaya meraka faham cara operasi Pusat Sains Negara. Guru-guru juga didedahkan kepada bahan pameran, program tarbiyah sains, pusat sumber serta kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran sains interaktif hands-on Pusat Sains Negara (PSN).

Kekerapan Program Setahun
Satu tahun enam (6) kali dengan tempoh selama satu (1) hari untuk setiap kali.