Festival Sains di Pusat Sains Negara bermula hari ini

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Pusat Sains Negara (PSN) akan menganjurkan Festival Sains sempena ulang tahunnya yang ke-25 bermula esok hingga 11 Disember ini dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Pelbagai acara menarik akan diadakan sepanjang penganjuran festival itu yang terbuka kepada orang ramai, pelajar sekolah dan penuntut universiti.

Antara program yang akan diadakan ialah aktiviti di makmal, aktiviti rekreasi dan bengkel sains serta ceramah mengenai kerjaya dalam bidang sains, forum, persembahan, pertandingan dan pameran sains, pameran dan jualan buku.

Pameran yang diadakan ialah Pameran Bertema Encyclopaedia of the Actroid, Age of the Giants, Pameran Interaktif Agensi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan swasta, Bas Mobile Agensi MOSTI dan Karnival Astro .

Bengkel pula termasuklah Makmal DNA, I’m A Technopreneur, 3R’s: Radioaktivity, Radiation and Risk, Kriminalistik, Food Chemistry in Fun, Robotik di dalam makmal, Kuiz CSI dan 1Malaysia, 1Youth, 1Robot.

Aktiviti makmal pula melibatkan Eksperimen Sains, Saintis Tunas, Keajaiban Sains, Bioteknologi serta Flora dan Fauna.

Turut terlibat dalam aktiviti sepanjang festival ialah Institut Genome Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia serta agensi di bawah MOSTI.

Bagi memeriahkan festival, acara futsal turut diadakan.

Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung yang hadir kecuali untuk pameran bertema dan program berbayar.

Orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai festival ini bolehlah melayari laman web PSN di www.psn.gov.my atau menghubungi talian 03-2089 3400.

AKHBAR / NEWSPAPER : Utusan Malaysia
SEKSYEN / SECTION : Kota
TARIKH / DATE : 03-12-2011
Pautan asal / Original Link

Terdahulu