Format Penyediaan Projek Pertandingan

 

Item bagi projek yang perlu dihantar kepada urusetia adalah berbeza mengikut kategori pertandingan:

a) Sekolah Menengah :

Perlu menghantar 3 item iaitu satu video pendek, satu poster DAN satu slip penyertaan projek yang menepati format yang telah ditetapkan.

Rujuk Template Poster dan Slip di pautan berikut Kategori Sekolah Menengah

 

b) Sekolah Rendah :

Perlu menghantar 3 item sahaja iaitu satu video pendek, satu poster DAN satu slip penyertaan projek yang menepati format yang telah ditetapkan.

Rujuk Template Poster dan Slip di pautan berikut Kategori Sekolah Rendah

Slip penyertaan hendaklah diisi dan dilampirkan bersama poster.

 

b) Murid Berkeperluan Khas :

Perlu menghantar 3 item sahaja iaitu satu video pendek, satu poster DAN satu slip penyertaan projek yang menepati format yang telah ditetapkan.

Rujuk Template Poster dan Slip di pautan berikut Kategori Murid Berkeperluan Khas

Slip penyertaan hendaklah diisi dan dilampirkan bersama poster.

 

Muat Turun Template Laporan, Slip Penghanataran dan Poster Pertandingan National Tinkering Challenge 2023.

 

FORMAT PENYEDIAAN VIDEO :

  1. Video dalam format .mp4 dengan resolusi 720p-1080p.
  2. Durasi video adalah 3 minit maksimum.
  3. Pembentangan hendaklah dilakukan oleh murid sahaja.
  4. Bahasa pengantar adalah Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
  5. Video hendaklah dimulakan dengan pengenalan kumpulan seperti Kategori, Nama Kumpulan, dan Tajuk Projek.
  6. Demonstrasi kaedah kaedah pelaksanaan dan hasil projek perlu dimasukkan.
  7. Kandungan video perlu ringkas dan mudah difahami.
  8. Video boleh dihasilkan dalam bentuk animasi, lakonan, gambar infografik dan sebagainya mengikut kreativiti peserta.
  9. Digalakkan suntingan video dalam kualiti tinggi agar mudah dinilai oleh juri.
  10. Perlu menggunakan sumber muzik latar belakang/ video/ grafik yang tidak melanggar hak cipta(copyright) oleh Youtube agar tidak mempunyai isu apabila dimuat naik ke saluran Youtube Pusat Sains Negara Official. Pusat Sains Negara berhak untuk mengubahsuai/ menyunting video agar selari dengan terma dan syarat berkaitan hak cipta yang telah ditetapkan oleh Youtube. Peserta boleh menggunakan sumber audio di sini https://www.youtube.com/c/audiolibrary-channel atau mana-mana sumber yang mempunyai pelepasan hak cipta (no copyright).

 

FORMAT PENYEDIAAN POSTER:

  1. Saiz poster adalah A3, tulisan Arial, saiz 24, 1.0 spacing.
  2. Ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Hanya satu bahasa sahaja boleh digunakan. Ia hendaklah dihantar dalam salinan lembut (softcopy) dengan format fail .pdf.
  3. Kandungan poster adalah seperti berikut:
    1. Tajuk Projek
    2.  Penyata Masalah
    3.  Objektif
    4.  Senarai Bahan, Rekabentuk projek, dan Kaedah pelaksanaan
    5. Hasil/keputusan/analisis projek seperti carta, graf, gambar dll
    6. Keunikan projek
    7. Kesimpulan
  4. Digalakkan menggunakan elemen infografik yang menarik.

 

FORMAT PENGHANTARAN EMEL:

  1. Subjek: PENGHANTARAN PROJEK NTC 2023 (NAMA SEKOLAH_NAMA KUMPULAN_NEGERI).
  2. Namakan zip.file seperti NTC 2023_SDG 14/15_NAMA SEKOLAH_NAMA KUMPULAN_NEGERI.
  3. Muat naik zip.file yang lengkap mengandungi 3 komponen utama iaitu (Video Projek, Poster Projek dan Slip Penghantaran).
© National Tinkering Challenge 2024