Garis Panduan Penghantaran Projek

 

1) Projek hendaklah berbentuk fizikal seperti rekabentuk, model, elektrikal, mekanikal, mekatronik, seni dll.

2) Projek juga hendaklah menepati sub tema dan memberi impak kemasyarakatan dalam menyelesaikan isu di kawasan kejiranan anda.

3) Kategori pertandingan:

a) Sekolah Menengah :

    • Perlu menghantar 3 item sahaja iaitu satu video pendek, satu poster DAN satu slip projek yang menepati format yang telah ditetapkan.

b) Sekolah Rendah :

    • Perlu menghantar 3 item sahaja iaitu satu video pendek, satu poster dan satu slip projek yang menepati format yang telah ditetapkan

c) Murid Berkeperluan Khas :

    • Perlu menghantar 3 item sahaja iaitu satu video pendek, satu poster DAN satu slip projek yang menepati format yang telah ditetapkan.

 

Sila rujuk format projek di Format Penyediaan Projek Pertandingan

4) Sila hantarkan keperluan projek mengikut kategori seperti keterangan no 3, diatas sebelum atau pada tarikh tutup iaitu 29 September 2023 (Jumaat), jam 12.00 tengah hari melalui emel tinkering.ntc@psn.gov.my dengan subjek email,  NTC 2023 – Nama kumpulan (Cth: Rendah SDG14 Shineline). Sekiranya tiada sebarang respon emel terhadap penghantaran projek dianggap tidak berjaya di peringkat saringan.

5) Penghantaran projek adalah di dalam bentuk satu (1) zip file. Namakan fail anda dengan Kategori, SDG pilhan dan Nama kumpulan. (Cth: Rendah_SDG14_Shineline.zip)

6) Penghantaran menggunakan medium cloud sharing seperti pautan (link) googledrive, wetransfer.com dan lain-lain. Sila pastikan pihak penganjur dapat mengakses pautan tersebut untuk membolehkan fail dimuat turun. Pautan yang gagal diakses akan menyebabkan hasil projek anda tidak diterima oleh penganjur.

© National Tinkering Challenge 2024